Monday, 18 April 2016

VITAMIN C MEMBENTUK KOLAGEN DAN RAHSIA KULIT CANTIK CERAH BERSERI

             Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee ?


Vitamin C Shaklee Rahsia Kulit Cantik dan Cerah

Assalamualaikum.W.B.T
Hari ni Kak Siti nak kongsi Rahsia atau Kelebihan Sustained Release Vitamin C Shaklee untuk kulit cantik,cerah dan gebu. Rata-rata wanita pada hari ini lebih suka dirinya kelihatan cantik, tak kira sama ada cantik dari luaran atau dalaman. Apa yang pasti cantik di mata orang yang tersayang.
Dulu semasa dibangku persekolahan cikgu ada bagi tahu Vitamin C sangat penting untuk kekuatan tubuh badan kita. Ia bertindak sebagai anti-oksidan yang baik dan mampu mencantikkan kulit. Dengar cantik je celik mata 😯
Tapi dulu, yang saya tahu Vitamin C boleh dapat daripada buah oren je. Hah tiap kali ingat Vitamin C bantai makan buah oren huhu Nak cantik kononnya  😀


Cantik vs SR Vita-C Shaklee

Tapi apa kaitan “cantik” dengan Sustained Release Vita-C Shaklee ni? dan apa sebenarnya fungsi Vitamin C ni untuk cantikkan kulit kita? Dah nak bulan puasa dan dekat dah dengan nak raya..lagipun bulan ni promo vitamin C ..jimat banyak ni.. pasti semua nak kulit cantik, cerah dan gebu kan masa raya nanti kan ? Semua orang boleh cantik, jom bongkar rahsia macam mana nak dapatkan kulit cantik hanya dengan Vitamin C.
Pernah terbaca salah satu artikel rahsia orang yang kulit putih gebu ni rupanya dia ada amalkan pengambilan Vitamin C. Tak heran lah kan kalau ada artis yang sanggup cucuk Vitamin C untuk kekal cantik. Patut lah kulit cantik flawless je kan. Tak kurang juga yang mengambil Vitamin C dengan cara suntikan. Nampak macam mengerikan tapi dengan cara ini kesannya akan nampak lebih cepat dan berkesan.

Tetapi tak digalakkan, sebaiknya kita pilih Vitamin C yang diformulasikan daripada bahan semulajadi. Dalam kata lain bukan yang tiruan, tidak menyakitkan (seperti suntikan Vita-C) dan selamat digunakan. Nak cantik biarlah seiring dengan kesihatan kita 🙂
SR VITA-C SHAKLEE UNTUK KULIT CERAH

Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus merupakan Vitamin C yang diformulasikan dalam bentuksustained-release. Bermaksud Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat didalam tubuh badan kita.
Selain memberikan kelebihan untuk cantik ia juga membantu melindungi kesihatan dengan lebih optimum. Jadi seiring makan Vita-C dapat kulit cantik dan sihat.
Tapi hari ni Kak Siti nak fokus kepada Kelebihan dan Keistimewaan kita makan SR Vita-C Shaklee untuk Kulit Cantik dan Berseri.
  • Membantu Pembentukan Kolagen
SR Vita-C Shaklee membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.
Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.
Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.
  • Mencerahkan Kulit Wajah
SR Vita-C membantu mencerahkan kulit wajah. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan tona tidak sekata.
Ia juga bertindak sebagai anti-pigmen, iaitu mencegah daripada pembentukan pigmen berlaku yang boleh mengakibatkan jeragat terbentuk pada bahagian wajah kita.
  • Melindungi Sel Kulit Daripada Kerosakan
Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel sel kulit  dari terdedah dengan sinaran matahari (UV) yang mampu merosakkan sel kulit. Macam kak Siti sebelum ni kerja office tak rasa sangat bahang panas tu..tapi bila dah berhenti kerja..hari-hari ulang pagi,tengahari dan petang hantar ambil anak sekolah. Memang terdedah dengan matahari terik. Alhamdulillah Vitamin C banyak membantu mencerahkan kulit.
Apabila sel-sel kulit mula terjejas ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kesan terhadap kulit wajah kita. Contohnya :-
  1. Kulit menjadi kusam
  2. Sangat sensitif
  3. Kulit menjadi merah-merah
  4. Jeragat dan jerawat mula membentuk
  • Mempercepatkan Penyembuhan Luka
Pengambilan Vitamin C yang konsisten membantu menyembuhkan luka dengan cepat. 
Bila keperluan Vitamin C cukup untuk badan kita, ia akan membantu memperbaiki sel-sel kulit yang luka dengan cepat dan pesat pertumbuhannya.
Situasi sama apabila jerawat tumbuh dibahagian muka, jika badan kita kekurangan Vitamin C, badan kita tak mampu untuk bekalkan Vitamin C bagi membantu menyembuhkan atau mengecutkan jerawat.
Kesannya, jerawat yang luka tadi lambat kecut dan berkemungkinan akan meninggalkan parut. Jadi nak kulit cantik bebas jerawat dan parut cuba amalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten.
  • Kulit Halus dan Gebu
Kolagen adalah punca utama kulit halus dan gebu. Bila tahap keperluan kolagen dalam badan kita mencukupi. Ia sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah. Kulit akan teras alebih halus dan gebu. Tak percaya? Pergi cocok2 pipi orang yang selalu amalkan pengambilan suplemen kolagen. Gebu je kan?
Dengan SR Vitamin C Shaklee ia membantu menjadikan kulit lebih halus dan anjal. Dah tak payah risau cik abang pun tak akan cari lain dah. Bila isteri dah molek depan mata.


Apakah Keistimewaanya ?

Sustained Release Vitamin C Shaklee merupakan Vitamin C yang diestrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Bioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk membantu menetang bakteria dan radikal bebas.
  1. 1 biji tablet SR Vita-C mengandungi 7 1/2 biji buah termasuk kulitnya
  2. Mengandungi bioflavonoid (memberi ketahanan kepada tubuh badan)
  3. Pembebasan secara berperingkat (sustained release) setiap jam di dalam tubuh badan kita selama 5 jam tanpa henti
  4. Ianya adalah Vitamin C semulajadi, tanpa perasa dan pewarna tiruan

Sekiranya anda nak kan kulit cantik semulajadi, boleh amalkan pengambilan SR Vitamin C Shaklee. Sesuai dengan kandungan yang dibekalkan secara semulajadi untuk tubuh badan kita. Lepas makan SR Vitamin C dah tak payah risau atau obses nak cantik dengan bahan-bahan yang merbahaya dan menyakitkan. Biarlah orang tengok natural beauty kita nanti kan ? 😉
Sebotol SR Vitamin C Shaklee mengandungi 180 biji tablet tahan selama 6 bulan penggunaan. Jimat sangat kan? Bulan April ni promo..lagi lah murah dan jimat banyak..
Bagaimana untuk dapatkan nya ?
Boleh pm/whatsapp terus no Kak Siti Azimah Yusoff Pengedar Sah Shaklee Malaysia di talian 019-4576411
Your Best Seller..
FB Siti Azimah Yusoff, Lovelyraisya.blogspot.com